slam dunk

kali ni aku nak cita pasal anime yg aku minat giler ni...
ade org kate ni bukan anime tapi lantaklah..
cite ni ade babak kelakar, sedih, marah n mcm2 lg
tak nak ckp banyak bace je la sinopsis kat bawah ni..

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan publisiti, menjadi ketua sebuah kumpulan samseng.

Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati yang Haruko tidak gentar kepada Sakuragi.
Haruko, yang mengetahui kecergasan Hanamichi memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku.

Pada mulanya Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan itu. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang pengalah (juga kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang). Walaupun dengan sikap ketidakmatangan dan panas barannya, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atlit berpotensi dalam sukan berkenaan (juga kerana ingin memikat Haruko).

Rukawa Kaede - musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan itu pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP sekolah menengah tinggi, dan Miyagi Ryota, pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama-sama dengan kapten pasukan Shohoku Akagi Takenori berusaha menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

ni watak utama..
sakuragi hanamichi
Tahun: Pertama
Tinggi/Berat: 188cm, 83kg -> 189.2cm, 83kg
Jersi Nombor: #10
Posisi: Power forward (PF)
Tarikh lahir: 1 April


ni pulak musuh ketat sakuragi
kaede rukawa
Tahun: Pertama
Tinggi/Berat: 187cm, 75kg
Jersi Nombor: #11
Posisi: Small forward (SF)
Tarikh lahir: 1 Januari

ni haruko, gadis idaman sakuragi




ni time sakuragi ngan coach anzai.. klakar giler


ni la serba-serbi pasal cite ni..
cite ni ade 101 episod..aku dh kumpul sume
kalau nk, kene la bayar
huhauhua

No comments:

Post a Comment

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...