Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Arduino + LED Matrix

Aku suka sangat dengan arduino ni. kali ni aku cuba main dengan dot matrix pulak. jd projek ni menggunakan 8x8 led matrix (WLG M23088A7B Unp) mcm kat bawah nih.

Dah lama mende ni duduk dalam almari aku pasal aku tak reti nak guna. satu lagi sebab aku tak guna sangat benda ni.






sambungan arduino ke matrix..
arduino -->matrix
2                  R6
3                  R7
4                   C3
5                   C5
6                   R1
7                  R2
8                   C8
9                  R8
10                  C6
11                 R3
12                  R5
13                   C1
14(A0)           C2
15(A1)          R4
16(A2)           C4
17(A3)           C7


pastu upload coding kat bawah ni. kod ni aku cedok kat internet gak. bukan aku yang buat
matrix.ino

tp sebelum upload code tu, korang kena import library dulu. download library .zip kat bawah ni
frequency2timer.zip

cara-cara nak import library, korang boleh tengok kat website bawah ni
how to install library

ok lepas tu baru boleh upload.. siap
setakat ni aku malas nak main2 dengan kod tu sebab aku tak guna sangat matrix ni.


nota kaki:
1) kaki dot matrix ni berbeza untuk jenis common negative dan common positive.
yang aku punya ni common negative. rujuk datasheet untuk lebih faham.

2) Kalau korang rujuk kat internet, ada yang mulakan kiraan column dari atas ke bawah dan ada yang mulakan kiraan dari bawah ke atas. Sama juga dengan kiraan untuk row. Jadi sebab itulah ada nyalaan LED berterabur.

3) untuk menggunakan lebih dari satu matrix, lebih baik gunakan led display driver MAX7219 yang boleh menghasilkan lebih banyak output. rujuk internet


rujukan:

Arduino + Bluetooth

kali ni aku nk kongsi bagaimana menggunakan aplikasi android untuk menghantar data ke Arduino melalui bluetooth.. ini juga utk sbg rujukan aku utk masa dpn (mcm nota la).

fungsinya seperti kawalan jauh dimana pengguna meggunakan bluetooth utk menghidupkan lampu, kipas atau apa saja. konsep dia lebih kurang mcm kat bawah ni:

     applikasi android  --------------------------------> arduino
(telefon hantar signal)                bluetooth            (utk kawal apa sahaja peralatan)

jadi tiga benda ni kene ada.

a) applikasi android :
boleh cari kat google play. tulis jer arduino bluetooth (atau yg sama waktu). tp kebanyakan tak sesuai dgn sistem kita. baik buat sendiri guna online app inventor mcm link kat bwh ni.
    MIT app inventor
 
b) bluetooth module:
module ni disambung pada arduino sebagai data receiver. ni aku beli kat lelong model HC-06. harga rm25 + rm6 (shipping).



c) arduino:
semua arduino boleh pakai. yg penting ade UART (mesti ade pin RX ngan TX). aku guna arduino uno r3 yg terbaru. Aku beli kat lelong harga rm44


pastikan telefon ada bluetooth. kalo tak mcm mana nk hantar signal ke arduino.

Langkah 1: reka applikasi 
aku anggap semua dh belajar sikit MIT App Inventor tu.. skrg buat macam gambar kat bawah ni untuk "design" dan "blocks"..

"Design"

"Blocks"


pastu tekan "Build".. dia akan bina satu applikasi format .apk (inilah format utk semua app yg kita guna). ikut la nk pindah dlm komputer (pastu pindah dlm phone guna kabel) atau terus scan dgn phone (kalo ade app scaner)..

ni file format .aia untuk korang edit apa yg patut. boleh bukak dlm MIT jer
Andruino.aia

atau korang malas nk buat, download terus app kat bawah ni dlm phone pastu install
AndruinoBlu.apk


Langkah 2: Arduino program
Copy dan paste code kat bawah ni dlm Arduino IDE pastu upload..

int led = 13;
int led2 = 12;
int state;

void setup()
{              
pinMode(led, OUTPUT);
pinMode(led2, OUTPUT);
Serial.begin(9600);
}

void loop()
{
  if(Serial.available() > 0){    
      state = Serial.read();}

  if (state == '1') {
      digitalWrite(led, HIGH);}

  else if (state == '2') {
      digitalWrite(led2, HIGH);}
     
  else  {
    digitalWrite(led, LOW);
    digitalWrite(led2, LOW);}
   
  delay(100);
}

Langkah 3 : Sambungan Litar
Sambungan antara Bluetooth Module ke Arduino mcm kat bawah ni

Arduino -------------->Bluetooth
3.3v                                Vcc
GND                              GND
TX                                  RX
RX                                  TX

Dua LED disambung pada kaki 12 dan 13 Arduino. (Masuk resistor dulu sebelum ke LED)

Ok sekarang boleh on supply ke Arduino.


Langkah 4: Bluetooth Pairing
skrg ON kan bluetooth kat telepon dan cari module(kalau samsung aku, setting>wireless>bluetooth).




tekan "Scan Device" dan akan keluar senarai barangan yg menggunakan bluetooth. utk modul mcm aku punya HC-06, nama modul sama iaitu "HC-06". tekan "Pair with this device" dan dia akan mintak password. tulis"1234" (ini default password utk modul ni).


kalo berjaya, dia akan tulis "Paired"



Langkah 5: Buka Applikasi
Buka app kat dlm telefon dan klik "Select Device".
nanti akan keluar senarai bluetooth. Utk module aku HC-06, dia akan tulis "HC-06" juga.
pilih device dan tunggu sekejap.
kalau bejaya, akan tertulis "connected", kalau tak berjaya "no connection" dan cuba lagi.

Ok siap. ni cuma program mudah dan boleh la buat projek lebih canggih lg.
video aku tak sempat nak record pasal ni projek lama dan aku dah guna bluetooth module tu untuk mende lain.. tp aku ade video yang lebih kurang konsep dia macam kat bawah ni.


nota kaki:
1) sebelum upload apa2 coding ke dalam Arduino, putuskan sambungan TX dan RX. Kalau tak, tak boleh upload

2) bluetooth module tu akan berkelip kalau ia tidak berhubung dengan device lain. kalau stay menyala, maknanya dia tengah berhubung dengan device lain.

rujukan:
http://randomnerdtutorials.com/how-to-use-app-inventor-with-arduino/




Crossbow

Ok.. kesinambungan dprd pos aku sebelum ni pasal catapult. Senjata nih pulak aku buat time lps SPM beberapa tahun lepas..

aku dpt idea buat mende nih lepas menyelidik katalog "Kecemerlangan sains dalam tamadun islam" karya Fuat Sezgin...

memang mantap kalau dpt buat sebijik..
at last aku berjaya siapkan..kahkahkah..

tgok gambar2 kat bawah nih..












sistem picu rekaan sendiri..hehehe


sebelum picu di tarik


selepas picu ditarik

sume2 barangan aku dptkan dr barang2 terpakai kat sekeliling rumah aku.. kirenye modal tu hanyalah nilai 'kreatif' je la..

ok cau dulu..

Catapult

ooo..sudah agak lama tidak berblogging...
sibuk dgn praktikal..

btw..catapult(lastik) ni aku buat mase aku diploma dulu..
time cuti sem jer, ade la projek yg aku buat utk hilangkan bosan..
ni la salah satu nye..

ni aku buat berdasarkan gambo2 kat internet gak..
nampak menarik dan senang..

jom layan...













dulu mase aku ting 2, aku ade buat 2 catapult versi lain..
tp dye x panggil catapult, dye panggil trabuchet..
tp dah ilang...x tahu dah kemana..

tp gambar yg satu tu mcm kat bawah ni..
















warwolf trabuchet

okeyh..
ade banyak lagik item yg aku nk tunjuk kat sini..
tggu ek..


Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 2.5 Malaysia Creative Commons.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...