Arduino + Bluetooth

kali ni aku nk kongsi bagaimana menggunakan aplikasi android untuk menghantar data ke Arduino melalui bluetooth.. ini juga utk sbg rujukan aku utk masa dpn (mcm nota la).

fungsinya seperti kawalan jauh dimana pengguna meggunakan bluetooth utk menghidupkan lampu, kipas atau apa saja. konsep dia lebih kurang mcm kat bawah ni:

     applikasi android  --------------------------------> arduino
(telefon hantar signal)                bluetooth            (utk kawal apa sahaja peralatan)

jadi tiga benda ni kene ada.

a) applikasi android :
boleh cari kat google play. tulis jer arduino bluetooth (atau yg sama waktu). tp kebanyakan tak sesuai dgn sistem kita. baik buat sendiri guna online app inventor mcm link kat bwh ni.
    MIT app inventor
 
b) bluetooth module:
module ni disambung pada arduino sebagai data receiver. ni aku beli kat lelong model HC-06. harga rm25 + rm6 (shipping).



c) arduino:
semua arduino boleh pakai. yg penting ade UART (mesti ade pin RX ngan TX). aku guna arduino uno r3 yg terbaru. Aku beli kat lelong harga rm44


pastikan telefon ada bluetooth. kalo tak mcm mana nk hantar signal ke arduino.

Langkah 1: reka applikasi 
aku anggap semua dh belajar sikit MIT App Inventor tu.. skrg buat macam gambar kat bawah ni untuk "design" dan "blocks"..

"Design"

"Blocks"


pastu tekan "Build".. dia akan bina satu applikasi format .apk (inilah format utk semua app yg kita guna). ikut la nk pindah dlm komputer (pastu pindah dlm phone guna kabel) atau terus scan dgn phone (kalo ade app scaner)..

ni file format .aia untuk korang edit apa yg patut. boleh bukak dlm MIT jer
Andruino.aia

atau korang malas nk buat, download terus app kat bawah ni dlm phone pastu install
AndruinoBlu.apk


Langkah 2: Arduino program
Copy dan paste code kat bawah ni dlm Arduino IDE pastu upload..

int led = 13;
int led2 = 12;
int state;

void setup()
{              
pinMode(led, OUTPUT);
pinMode(led2, OUTPUT);
Serial.begin(9600);
}

void loop()
{
  if(Serial.available() > 0){    
      state = Serial.read();}

  if (state == '1') {
      digitalWrite(led, HIGH);}

  else if (state == '2') {
      digitalWrite(led2, HIGH);}
     
  else  {
    digitalWrite(led, LOW);
    digitalWrite(led2, LOW);}
   
  delay(100);
}

Langkah 3 : Sambungan Litar
Sambungan antara Bluetooth Module ke Arduino mcm kat bawah ni

Arduino -------------->Bluetooth
3.3v                                Vcc
GND                              GND
TX                                  RX
RX                                  TX

Dua LED disambung pada kaki 12 dan 13 Arduino. (Masuk resistor dulu sebelum ke LED)

Ok sekarang boleh on supply ke Arduino.


Langkah 4: Bluetooth Pairing
skrg ON kan bluetooth kat telepon dan cari module(kalau samsung aku, setting>wireless>bluetooth).




tekan "Scan Device" dan akan keluar senarai barangan yg menggunakan bluetooth. utk modul mcm aku punya HC-06, nama modul sama iaitu "HC-06". tekan "Pair with this device" dan dia akan mintak password. tulis"1234" (ini default password utk modul ni).


kalo berjaya, dia akan tulis "Paired"



Langkah 5: Buka Applikasi
Buka app kat dlm telefon dan klik "Select Device".
nanti akan keluar senarai bluetooth. Utk module aku HC-06, dia akan tulis "HC-06" juga.
pilih device dan tunggu sekejap.
kalau bejaya, akan tertulis "connected", kalau tak berjaya "no connection" dan cuba lagi.

Ok siap. ni cuma program mudah dan boleh la buat projek lebih canggih lg.
video aku tak sempat nak record pasal ni projek lama dan aku dah guna bluetooth module tu untuk mende lain.. tp aku ade video yang lebih kurang konsep dia macam kat bawah ni.


nota kaki:
1) sebelum upload apa2 coding ke dalam Arduino, putuskan sambungan TX dan RX. Kalau tak, tak boleh upload

2) bluetooth module tu akan berkelip kalau ia tidak berhubung dengan device lain. kalau stay menyala, maknanya dia tengah berhubung dengan device lain.

rujukan:
http://randomnerdtutorials.com/how-to-use-app-inventor-with-arduino/




1 comment:

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...