Mindanao

Mindanao adalah sebuah pulau besar di bahagian selatan Filipina yang menjadi pertikaian di antara kerajaan Filipina dan beberapa kumpulan yg merupakan penduduk asal kepulauan tersebut.

Majoriti penduduk di sini adalah merupakan penganut agama islam.


klik gambar utk saiz besar


Oleh kerana wilayah ini majoritinya adalah beragama islam, mereka menuntut kuasa autonomi drpd kerajaan Filipina. Filipina menolak permintaan tersebut dan berlakulah beberapa siri pertempuran antara askar kerajaan dan pejuang pemisah.

Berikut adalah kumpulan2 yg ditubuhkan:


1) MNLF(Moro National Liberation Front),1969



Ianya satu pergerakan yang menuntut kemerdekaan Bangsamoro di Mindanao daripada kerajaan Filipina. Diasaskan oleh oleh Nur Misuari selepas peristiwa Jabidah Massacre.

Dianggotai oleh pelbagai kaum dr pelbagai agama tetapi majoritinya islam.
Pergerakan ini lebih bersikap toleransi dgn kerajaan Filipina

2)MILF(Moro ISlamic Liberation Front),1977



Diasaskan oleh selamat hashim. merupakan pergerakan serpihan drpd MNLF. perpecahan berlaku disebabkan ketidaksefahaman antara pejuang yang terdiri drpd muslim dgn pendekatan pemimpin MNLF terhadap Filipina. Namun persahabatan dgn MNLF masih terjalin.

MILF menggunakan pedekatan yang agak keras terhadap kerajaan Filipina. Mereka menuntut Mindanao dijadikan sebuah daerah islam.

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yg paling diminati oleh muda-mudi islam di mindanao..

3)Abu Sayyaf

Merupakan serpihan drpd MNLF. Pergerakan ini menggunakan pendekatan yg agak ekstrim bagi menuntut kemerdekaan mindanao dan menubuhkan negara islam mindanao.

Mereka mensasarkan orang awam dlm operasi mereka sebagaimana peristiwa penculikan di Pulau Sipadan pd tahun 2000.

gambar2:






nota kaki: kesemua maklumat ini adalah ringkasan drpd carian di wikipedia dimana bahannya tidak boleh dipercayai 100% dan kebanyakannya dr analisa pihak barat.

No comments:

Post a Comment

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...